Monday, February 27, 2012

GAMPANG SUNGGUH LA SAMSENG TAIK KUCING UMNO NI..TAK DAPAT BAPAK, ANAKPUN NAK DIBANTAINYA..






Sikap para pemimpin tinggi Umno yang sejak akhir-akhir ini sentiasa 'mengarahkan' ahli-ahli, pemuda-pemuda dan ngo-ngonya dan mungkin 'polisnya' mengganggu ceramah Pakatan Rakyat adalah sikap panik yang menunggu masa untuk kecundang.

Para pemimpin Umno nampaknya semakin tumpul idea untuk berbahas telah menggunakan kaedah paling bangang dalam mempertahankan kuasa mereka. Apa yang berlaku di Sembrong tempoh hari adalah gambaran ketumpulan otak Umno.

Apakah dengan cara menggunakan gangster seperti yang berlaku di Sembrong itu akan mampu menarik minat rakyat kepada Umno. Bagi penulis hanya rakyat yang bodoh SAHAJA yang merestui tindakan ganas Umno itu
.





Samseng upahan Umno cuba kasari (tumbuk?) Nurul Izzah

(Fazallah Pit)
PAHANG: Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari).
Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.
Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.
“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.
Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.
Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi  tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.
“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di twitter jam 1 pagi  ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN  jam 3 petang hari ini.
Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu  sebagai budaya gangsterisme Umno.
Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
Ketua AMK  Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.
Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27316

No comments: