Friday, August 26, 2011

Dun Sementa ....Temuduga MIMBAR





Pusat Khidmat Dun Sementa dengan kerjasama MIMBAR telah mengadakan satu sessi temuduga peserta-peserta yang memohon Dana Pinjaman Mimbar. Temuduga tersebut berlansung di Pusat Khidmat Rakyat Dun Sementa pada 25hb Ogos 2011 (9:00 pagi - 3:00 petang).

Temuduga tersebut telah diushakan oleh Saudara Ahmad Nazri Mustafa yang merupakan Pengurus Mimbar Dun Sementa dengan kerjasama Pusat khidmat. Sebelum ini Beliau telah berjaya menjalankan kursus Keushawanan yang dianjurkan oleh Pusat khidmat dengan kehadiran lebih dari 40 orang peserta dimana kursus tersebut adalah untuk memberi nilai tambah dalam pemilihan dan cara-cara menjadi usahawan yang berjaya.
Selain dari kursus itu, sessi taklimat tentang bantuan kewangan dari SKIMSEL turut sama diadakan oleh petugas-petugas yang didatang dari Ibu Pejabat.



Kita amat berharap seseorang seperti saudara Nazri dapat memberi sumbangan dalam merealisasikan harapan kerajaan Pakatan Rakyat selangor untuk menjadikan rakyat di kawasan Sementa sebagai Ushawan yang berjaya. kepujian harus diberi kepada beliau walaupun dengan tiada imbuhan beliau sanggup meluangkan masa untuk membantu penduduk tempatan. Orang seperti beliau patut dijadikan contoh kepada semua lapisan.

No comments: