Saturday, August 13, 2011
SEMENTA KAPAR: SAMPAH SIAPA YANG PUNYA ANGKARA
Sejak 3 bulan lalu, penduduk di sekitar Kapar, Klang tertanya-tanya mengapa kawasan mereka berhadapan masalah jerebu yang tidak berkesudahan.
Tidak tahan hidup dengan bau asap yang seolah bercampur plastik dan ramai pula diserang penyakit lelah, penduduk meminta Majlis Perbandaran Klang, MPK lakukan sesuatu untuk menyiasat dan membongkar dalang yang bertanggungjawab mengganggu ketenteraman hidup mereka.
Aduan Rakyat menjejaki punca masalah dimaksudkan penduduk.
Pengadu: "9.30 ke 10.30 macam semalam, pukul 2 pagi dia dah mula sampai 6 pagi. Sudah tak boleh nampak, asap ni masuk rumah. Bila hidu bau getah. Seluruh kawasan namapk macam jerebu."
Mohd. Imran Ahmad, Pengadu: "Kalau nak tahu datang sendiri lepas Maghrib. Susah nak cerita, datang sendiri. Kalau malam tu, jerebu sangat."
Itu gambaran penduduk mengenai masalah yang terpaksa dilalui sejak tiga bulan lalu di sekitar kawasan perumahan di Kapar, Klang.
Akibatnya, ramai penduduk menghidap penyakit lelah.
Masalah mereka berpunca dari tapak pelupusan sampah seluas 50 ekar ini yang terletak hampir dengan kawasan perumahan.
Ia dijadikan pihak tidak bertanggungjawab tempat melupus sampah secara haram.
Ketika kami sampai asap tebal berkepul di sebahagian kawasan.
Pihak bomba dari balai Sungai Pinang, Klang, yang berkejar ke lokasi kecewa dengan apa yang berlaku.
Iini kerana pasukan itu baru sahaja selesai memadamkan kebakaran di tempat sama selama 10 hari.
Ishak Bakar, Ketua Balai Bomba Sg. Pinang, Klang: "Masalah sekarang ni kebakaran berulang, kemungkinan ada individu yang selalu buat pembakaran. Ssebab hari tu kita dah padam kebakaran sampai banjir. Tapi hari ini masih berlaku lagi."
Satu operasi bersepadu diatur MPK, untuk semua agensi terbabit turun padang melihat masalah dan mencari penyelesaian tepat.
Hasilnya, Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Jabatan Alam Sekitar Selangor, JAS serta bomba dan penyelamat ke lokasi tapak pembuangan sampah haram Isnin lalu.
Berdasarkan hasil carian hak milik tanah, ia disahkan sebagai tanah milik kerajaan negeri.
Bagi Pemangku Yang Dipertua Majlis MPK, Mohamad Ikhsan Mukri , biarpun bukan dibawah tanggungjawab PBT itu, namun pihaknya bersedia bekerjasama dengan pejabat tanah untuk bersama-sama membanteras pencerobohan yang menyusahkan penduduk.
Dimana Ahli Majlis MPK dan Penyelaras DUN ketika ini. Dikatakan tempat pembuangan sampah itu tidak jauh dari pejabat Penyelaras DUN. Siasatan harus dilakukan untuk menyelesaikan isu tersebut yang menyebabkan ketidakselesaan penduduk tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment