Wednesday, August 17, 2011

MPK (KLANG)..KEUNTUNGAN ATAU PENCEMARAN



Kebelakangan ini terlalu banyak iklan-iklan, kain rentang dan banner digantung dan ditampal dikawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) terutamanya Zone 43B dan Zone 43C. Ada syarikat perniagaan, ada NGO ada parti politik tapi kebanyakan satu pun tiada permit pengiklanan. Apakah sejak kebelakangan ini permit Iklan telah dimansuhkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau mereka yang diamanahkan tidak menjalankan tugas memantau keadaan ini. Mungkin sesetengahnya ada permit tetapi terlalu lama dan tempoh permit sudah tamat, sepatutnya iklan-iklan itu kena turunkan tetapi dibiarkan lapuk dan mencemarkan pemandangan sekitar.

Jika tiada permit apakah ini akan mendatangkan keuntungan kepada MPK atau adakah mereka ini telah bayar bulan atau under table. memang kekadang begitu menyesakan dengan keadaan yang tidak terkawal ini. Pihak Majlis perbandaran Klang (MPK) harus berfikir adakah ini satu "KEUNTUNGAN ATAU PENCEMARAN".

Memang begitu meriah sekali melihat iklan terpampang diseluruh kawasan seolah ada pesta keraian. Yang paling sedih iklan pinjaman wang berlesen dirata-rata tiang-tiang lampu dikawasan klang Utama dan Sementa. Makin banyak isu-isu pinjaman berlesen ini dikeluarkan oleh media semakin banyak lagi iklan mereka ini.Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan setiap kawasan didalam MPK mempunyai Ahli Majlis. Tapi dimanakah Ahli Majlis adakah itu bukan tanggungjawab mereka.
Jangan bila sudah mendapat kuasa peranan Ahli Majlis diketepikan hanya sibuk nak mempromosikan diri dan isu-isu hanya terperup dibawah meja. Jadi pastikanlah isu-isu seperti ini walaupun nampak terpinggir tetapi ia mempunyai impak yang tinggi bagi menilai kredibiti kita sebagai Ahli Majlis.

Ahli Majlis dipaksa peka dengan segala isu tempatan yang mana boleh memberi sumbangan kepada penduduk tempatan. Bukan hanya bercakap banyak tetapi lupa dengan peranannya.

No comments: