Tuesday, August 23, 2011
KAPAR PKR...antara Peluang, wang serta Kuasa
Kemelut yang melanda PKR Cabang Kapar masih berlarutan walaupun pemilihan Parti telah meninggalkan kita lebih dari 4 bulan. Suara-suara ketidakpuasan hati masih berterusan berlagu disana sini. Kesepakatan seolah begitu susah untuk dijadikan satu noktah untuk bersama dalam mengembalikan suasana hormani bersama.
walaupun kemenangan mutlak telah ditentukan oleh ahli tetapi kemenangan seolah tidak direstui oleh sesetengah pihak dan masing-masing membuat hal sendiri. Kem yang menang terus meninggalkan kumpulan yang kalah tampa memberi tempat dan kem yang kalah cuba untuk mendapatkan kembali kuasa.
4 calon ketua cabang yang cuba menegakan apa yang dirasakan oleh mereka betul bertungkus lumus untuk mendapat tempat, adakah ini perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Kita dalam PKR, seperti dalam keratan sinar harian ISNIN 22/08/2011, Saudara Mohd Miftahhuddin Abdullah telah mengecam perlantikan Tuan Hj Bakir sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Dun sementa seolah bersama-sama dengan Mantan Ketua Cabang Hj Rahman Ibrahim yang sebelum ini memberi pandangan yang sama dimana mengatakan adalah tidak adil keputusan meletakan Tuan Hj Bakir sebagai Penyelaras sedangkan beliau tidak mendapat mandat dari penyokong di Kapar. Jadi beliau menyatakan Jawatan Penyelaras sepatutnya adalah hak Ketua Cabang Kapar Saudara Azizi Ayob. Perkara ini nampak seperti satu rancangan tapi adakah ia betul apa yang dicanangkan oleh SINAR HARIAN atau hanya sekadar suatu untuk menambah bagi mengsensasikan berita yang ditulis oleh pemberita.
Sepatutnya pemberita perlu menyertakan bukti dan fakta bagi mengukuhkan tuduhan tersebut kerana ini boleh menyebabkan orang ramai akan bercelaru dengan berita yang kurang tepat.
Kenapa perkara ini berlaku, mungkin mereka merasakan ada PELUANG,WANG DAN KUASA dalam memegang tanggungjawab itu sebab itu semua ingin mendapatkanya?. Adakah mereka tahu setiap jawatan itu adalah amanah yang harus dipikul dan tidak semestinya mereka yang memegang jawatan sebagai Ketua Cabang akan memikul tanggungjawab penyelaras dan itu merupakan salah satu cara Parti Keadilan Rakyat untuk menilai siapa mereka. Disini lah kita dapat menilai adakah mereka ini ingin berbakti kepada Parti dan Rakyat atau sekadar untuk mendapat kuasa dan memenuhkan poket mereka.
Biarlah apa keputusan pucuk pimpinan tertinggi lakukan. Kerana setiap perkara merupakan penilaian kemampuan sesuatu amanah dan jawatan untuk mereka dari pihak atasan. Adakah mereka mampu atau ada sesuatu yang diidamkan?. kita kena akur dengan keputusan pucuk pimpinan kerana selagi kuat kita bersuara maka makin nampak kedunguan dan kedangkalan kita dalam berpolitik. Yang penting Ahli Parti harus kuat untuk memastikan kemenangan Dalam Dun Sementa dan Parlimen Kapar amnya. Harus dingat kita bukan berlawan sesama sendiri tetapi kita berlawan menentang BN kerana kemanisan kemenangan itu kita dapat melangkah ke Putra Jaya. wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Lupakan persengketaan lama, jangan rumitkan perkara yang remeh-temeh kerana ia hanya akan menguntungkan parti lawan saja...
Seharusnya tugas Penyelaras DUN yang baru memastikan bahawa gerak kerja yang dilakukan sebelum ini akan terus berjalan dan membentuk jawatankuasa utk memantau perkembangan semasa melibatkan pembangunan dan kebajikan rakyat. Pada waktu yang sama memastikan sekurang2nya dua program turun padang bertemu rakyat dapat dilaksanakan. Perlantikan telah dibuat oleh akar umbi maka lakukan tugas sebaik mungkin jgn sampai perlantikan itu dipertikaikan.
Sudah tentu perlantikan ini dibuat atas alasan tersendiri yang kita sendiri tidak tahu . Andai sesetengah pihak merasakan perlantikan Hj Bakir gagal, sila namakan siapa Penyelaras DUN yang kamu rasakan mampu memikul tanggungjawap yang diberikan dan sama2 kita nilai adakah pemimpin tersebut mampu ataupun tidak.
Sebagai seorang blogger yang secara purata artikelnya berkiblatkan misi menghentam tanpa kita fahami tujuan kita menghentam seseorang itu. Adalah lebih baik kita memberi teguran secara keseluruhan dan dalam masa sama memberi idea terbaik untuk memperkemaskan lagi gerak kerja yang ada...
Semoga apa yang ditulis akan memberi kesedaran kepada semua orang bahawa tiada masa lagi untuk kita bertelagah, matlamat untuk berubah harus diteruskan dengan kebangkitan gelombang ke Putra Jaya.
salam sejahtera dan salam perjuangan ...saya ingin komen pasal artikel sinar baru-baru nie yang mengatakan bahawa saya menyokokng satu pihak dan mengesa supaya yb azmin ali campur tangan dalam hal DUN Sementa. saya ingin menegaskan bahawa itu bukan kenyataan saya. saya boleh katakan 90% laporan itu ditokok tambah, direka-reka seperti cerita seorang pemain wayang kulit yang kehabisan duit dan mensensasikan cerita supaya orang ramai terus menonton lakonan jijik mereka.saya tidak faham ada orang sanggup jadi pencacai , bawa taik orang dengan menulis tanpa menggunakan otak yang waras.saya tidak katakan azizi tambahkan ahli di kapar, saya tidak kata yang menang mesti di beri jawatan, saya tidak kata ade kroni dalaman, saya tidak kata azizi berkerja kuat, keras dan kental,saya tidak kata pimpinan atasan PKR ada masaalah, saya tidak kata senua ahli menyokong azizi sebagai penyelaras dan byk lagi la saya pun nak muntah dan loya bila membacanya, seorang boleh memutar belitkan kenyattan saya nie ....JADI siapa yang kata atau yang tulis. MESTI LA wartawan. Jadi yang membuat kenyatan dalam sinar tu boleh dikatakan kenyattan wartawan sinar harian. simple saja. tak payah sekolah tinggi pun orang boleh faham. kita manusia boleh tipu semua orang tapi kita TIDAK boleh tipu diri sendiri. saya bersedia berjumpa dengan sesiapa demi menegakan fakta dan idea saya .ini la namanya fitnah, iaitu benda yang tidak ada diada-adakan.mungkin mereka yang melakukan nie tidak berasa bersaklah dan anggap perkara kecil . tapi saya nak tanya..meraka mesti bertanya pada iman, integriti, etika hidup, nilai-nilai murni. apa nama kredebiliti tapi tak tahu makna nya ibarat burung kakak tua.Jangan sampai wanag , pangkat, glamour dan emosi mempengaruhi diri kita.Hidup nie mesti realistik .Bercakap atas fakta dan number.Jangan pusing cerita cerita lain yang tidak berkaitan. Akhirkata SELAMATKAN CABANG KAPAR DARI FITNAH.
Post a Comment