Thursday, August 25, 2011

SEMENTA JOM SHOPPING warga emas dihargai...


Betapa perihatinya kerjaan Pakatan Rakyat Selangor, didalam umat Islam menjalani ibadah Puasa tanggungjawab sosial, menghargai kepada Masyarakat (Warga emas) turut diambil perhatian dengan memberi bantuan Kewangan sebanayak RM100.00 dalam bentuk (boucer) membawa warga emas turut serta dalam (Program Jom Shopping)

Program ini adalah turutan dari Program yang telah dijalankan diseluruh Selangor dan kali ini Warga Emas di Dun Sementa telah terpilih 100 orang untuk membeli belah di GIANT Shoping Complex di Klang Sentral Meru.
Rata-rata warga emas begitu gembira sekali kerana sebelum ini mereka tidak pernah diberi peluang oleh kerajaan yang memerintah, tetapi kali ini Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul menunaikan janji dan berbangga dengan penghargaan yang diberi oleh Kerajaan negeri.



Program kali telah di anjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN sementa, turut dihadiri oleh Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Tuan Hj Bakir dan suasana bertambah meriah lagi dengan kedatangan Ahli Parlimen Kapar YB S.Manikavasagam yang turut bergambar dengan mereka yang dibawa dalam program Jom Shoping.


Kakitangan dan AJK Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjayakan program ini yang sebenarnya bukanlah suatu yang mudah kerana berhadapan dengan kerenah warga emas yang jarang-jarang dapat keluar untuk membeli belah di Pusat perniagaan yang besar seperti ini amatlah diberi pujian.

Dan tidak lupa dengan kerjasama kakitangan GIANT yang sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan hamper kepada semua warga emas yang terlibat dalam program tersebut

No comments: