Friday, August 5, 2011
JAIS KENA PEKA..SENSITIVITI PENGANUT LAIN.
Pihak JAIS sepatutnya lebih berhemah dalam menangani isu ini kerana ia melibatkan kesejahteraan dan sensitiviti penganut agama lain. JAIS dilaporkan malam tadi menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.
Puluhan anggota JAIS dan polis didakwa memasuki bangunan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada sekitar jam 10 malam dan mula menyoal hadirin berbilang kaum pada majlis itu.
Dilaporkan berkata majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
"Mereka masuk ke dewan di mana majlis sedang diadakan dan merakamkan video dan gambar,” kata satu kenyataan.
"Bila ditanya penganjur mengapa mereka berada di sana, (pegawai) Jais berkata mereka menerima aduan, tetapi dia gagal memberi sesalinan (aduan) apabila diminta berbuat demikian,” katanya.
Sumber berkata anggota Jais turut mencatatkan butiran tetamu beragama Islam yang hadir sebelum meninggalkan bangunan itu dengan polis.
Tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke mana mana tempat suci haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.
“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain, semua orang patut dalam agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. tempat ibadat perlu dihormati,”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment