Saturday, August 20, 2011

HOSPITAL TAR KLANG....Mubaligh Kristian cuba mempengaruhi pesakit


Sememangnya sejak dari dahulu lagi wujud gerakan kristian yang mahu memurtadkan umat Islam di Malaysia. Pelbagai cara mereka lakukan untuk menarik minat umat Islam dan mereka mahu umat Islam percaya bahawa Kristian adalah ajaran Agama yang sebenar dan Islam tidak.

Gerakan kristian ini mempunyai peruntukkan secukupnya untuk 'membantu' golongan yang beragama Islam sambil memujuk mereka menganut agama kristian. Kebanyakan sasaran mereka adalah dari golongan remaja yang bermasalah, Pelajar IPT, serta golongan orang-orang islam yang susah dan terbaru, modus operandi mereka cuba mendekati golongan pesakit-pesakit yang terlantar dihospital-hospital.

Mereka memilih waktu melawat dengan mendekati pesakit-pasakit supaya tidak dapat dicam oleh orang. memereka memilih pasakit-pasakit yang tidak didatangi oleh keluarga atau pelawat lain. Kes terbaru berlaku di HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG dimana ia didalangi oleh dua orang yang diyakini suami isteri berbangsa india lewat 40an. mereka menggunakan tektik yang tidak memilih agama dan mendekati pesakit dengan menawarkan bantuan-bantuan yang boleh meringankan beban pesakit seperti bantuan perubatan dan juga bantuan kewangan. mereka merasakan disaat ketika pesakit terlantar dihospital dengan penderitaan dan tiada sahabat handai yang datang menziarahi waktu itu lah keberkesanan dakwah mereka terhadap pesakit.

Disinilah kita berharap pihak-pihak berwajib seperti Majlis Pelawat Hospital kena peka dan mengambil inisiatif memantau gejala yang mencemarkan nama hospital. Disamping itu badan-badan NGO Islam kena lebih perihatin terhadap pesakit-pesakit ini sekurangnya mendatangi mereka yang terlantar dihospital sentiasa didekati.

Di ingatkan orang ramai perlu berhati-hati dengan mereka ini, kerana cara mereka begitu profesional dengan menggunakan pendekatan yang begitu baik atau dengan kata lain mereka seolah perihatin kepada nasib pesakit. Mereka meawrkan perkhidmatan bantuan perubatan percuma dengan mengajak pesakit-pesakit supaya pergi ketempat-tempat yang mereka cadangkan.

Kita tidak mahu kes-kes yang berlaku di DUMC, dimana 12 individu islam dlam serbuan JAIS baru-baru ini berlaku di tempat yang kita tidak sangka-sangka. mereka ini boleh melakukan apa saja untuk menghancurkan Islam dan mungkin kita takuti mereka akan selalu atau kerap memberi minumanan air suci " HOLLY WATER" kepada pesakit-pesakit dan menyebabkan pesakit akan lupa akan pegangan Agama Islam untuk beberapa ketika

Adil Kapar bukan anti Kristian, tapi kita tidak mahu masyarakat Islam terpengaruh dengan dakwah dan dakyah gerakan kristian yang semakin luas di dalam masyarakat kita.
Sudahla umat Islam Malaysia berpecah disebabkan politik, ada pulak anasir luar yang cuba merosakkannya. Jika tidak ditangani segera, perkara ini pasti akan menjadi barah didalam masyarakat Islam Malaysia.

Kita jangan hanya bergantung kepada Jabatan Agama Islam semata-mata (mengembangkan syiar Islam), kita umat Islam di Malaysia, mempunyai tanggung jawab masing-masing bagi memastikan Islam tetap Utuh di muka bumi Malaysia.

No comments: