Wednesday, August 3, 2011
"Kami sayangkan negara kami Malaysia dan tidak rela negara kami diambil oleh Pendatang warga asing"
"Kami sayangkan negara kami Malaysia dan tidak rela negara kami diambil digadai oleh warga asing" keluhan makcik penjual sayuran kampung di Pasar Meru. Sejak kebelakangan mereka yang berstatus PR begitu berlagak dan kurang ajar terhadap Warganegara. Apakah benar mereka itu telah diberi taraf kewarganegaraan, jikalau betul maka tiada tempatlah lagi untuk warga negara Malaysia ditanah airnya sendiri. Kebanyakan di Klang Kedai runcit sudah dimonopolikan oleh warga Acheh, Apakah kerajaan tidak boleh melakukan apa-apa, kedai-kedai warung-warung, gerai-gerai tepi jalan rata-rata kebanyakan pendatang.
PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.
Jikalau perkara ini berterusan tidak mustahil mereka ini akan menjadi wakil rakyat suatu ketika nanti dan segala hak-hak warganegara akan terus diterima oleh mereka ini. Adakah kewajaran ini patut kita sokong. Pihak kerajaan harus bertanggungjawab diatas ketidakadilan ini dan terimalah natijah nya. Kami Rakyat Malaysia tidak akan bersetuju diatas tindakan ini dan mengutuk sekeras-kerasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment